082-874 000 ilpserian@jtm.gov.my
5 September || Jumaat || Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M Bahagian Serian telah diadakan dengan penuh meriah serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Seramai 1,500 orang peserta telah menyertai perarakan tersebut yang terdiri daripada 41 kontijen melibatkan pelbagai jabatan kerajaan, agensi swasta, institusi pendidikan, pertubuhan, serta wakil komuniti dari seluruh Daerah Serian.
ADTEC JTM Kampus Serian turut sama memeriahkan sambutan dengan menghantar 38 orang peserta kontijen, terdiri daripada 4 orang pegawai bersama ahli keluarga dan 28 orang pelajar, termasuk 2 orang pelajar Latihan Industri dari UNIMAS. Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dalam menghayati sirah Rasulullah SAW, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga ADTEC dengan masyarakat setempat.
Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, iaitu “Ummah Maju Makmur”, membawa mesej besar kepada seluruh umat Islam agar terus bersatu padu, mengamalkan kehidupan berlandaskan ajaran Islam, serta bergerak maju seiring dengan kemajuan negara. Semoga dengan penghayatan tema ini, perpaduan ummah akan semakin kukuh dan kesejahteraan hidup bermasyarakat dapat terus diperkasakan.
 Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian