TEKNOLOGI CADD SENIBINA
PENGENALAN
Kursus ini melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang lukisan senibina bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri sejajar dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.
Pelajar akan diberikan pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep geometri, unjuran ortografik, isometrik dan oblik. Pelajar juga diajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan. Lukisan Kerja mendedahkan pelajar kepada asas Binaan Kayu Dan Keluli, Perkhidmatan Bangunan Dan Lukisan, Kejuruteraan Awam dan Lukisan Struktur Konkrit Bertulang.
Pelajar turut diberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina sehingga dapat menghasilkan lukisan persembahan 3D.
SYARAT KEMASUKKAN
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;
(ii) Tamat Tingkatan 5;
**Tidak buta / buta warna / rabun / pekak ( tanpa alat bantuan ) / bisu / cacat fizikal / anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
PERSIJILAN
Pelajar yang LULUS dalam program ini akan dianugerahkan dengan sijil-sijil berikut:
* Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
TEMPOH
2 Tahun 3 Bulan dengan 3 Bulan Latihan Industri semasa di Semester 5
STRUKTUR KURSUS
Rujukan NOSS / NOSS references
Semester 1
Basic Drawing
Submission Drawing 1
Detail Drawing 1
Spatial Layout Detail
Amendment Drawing
Materials Storage
Semester 2
Project Presentation
Model Making
Submission Drawing 1
Detail Drawing 2
Kitchen Design
Semester 3
Measurement Technique
Design Comprehension Process.
Design Development Stage
Submission Drawing 3
As-built Drawing
Semester 4
Measured Drawing
Alteration Drawing
Tender Documentation
Architectural Supervision
Semester 5
Latihan Industri (Industrial Training)
LALUAN KERJAYA
Pelajar yang tamat peringkat sijil berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, mendapatkan pensijilan kompetensi dalam bidang atau terus bekerja.
Sambung belajar
Lepasan Sijil Teknologi CADD Senibina berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Cadd Senibina di ILP Kuala Langat serta selanjutnya dibawa TEVT MQA UTHM. Bagi Level/Tahap 6 hingga 8.
Peluang kerjaya
Pelukis pelan (draughtsman), Pelukis 3D (3D designer), Pengurus CADD (CADD manager)
Pereka hiasan dalaman (interior design), Penyelia tapak (site supervisor), Kerani tapak (site clerk)
Juruteknik (technician), Perekabentuk model (model marker), Pereka landskap (landscape designer),Pereka grafik (graphic designer.