ADTEC Serian telah melaksanakan Program CSR Wira Kesuma dengan aktiviti menanam 45 batang anak pokok Bucida Molineti di sekitar kawasan kampung dan sekolah di Kampung Tanah Puteh, Serian. 
Program ini disambut baik oleh Ketua Kampung serta Biro Wanita Kampung Tanah Puteh, yang turut bersama-sama menjayakan aktiviti penanaman pokok sebagai simbol kerjasama dan keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar. 
Inisiatif ini bukan sahaja memupuk semangat tanggungjawab sosial dalam kalangan warga ADTEC Serian, malah mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat. 
Β Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian