Latihan dimulakan pada jam 2.20 petang dengan membunyikan alat penggera kecemasan, sebelum pihak Bomba & Penyelamat Serian dihubungi 3 minit kemudian..
Jentera bomba bersama unit EMRS dengan kekuatan 8 pegawai tiba di lokasi kejadian pada jam 2.26 petang bagi menjalankan operasi menyelamat. Simulasi kebakaran berjaya dipadamkan dalam masa kurang 5 minit, menunjukkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
Dalam latihan ini, terdapat 3 pelajar telah ‘terperangkap’ di kawasan kebakaran, namun semuanya berjaya diselamatkan dengan selamat oleh pihak bomba.
Terima kasih kepada semua pelajar, semua kakitangan termasuk (pekerja dewan makan, pembersihan dan pengawal keselamatan). Setingi-tinggi terima kasih juga untuk pihak Bomba dari Balai Bomba Serian atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan latihan ini.
Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Sentiasa bersedia


Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian