5 Feb 2025 || Sesi Randau Ruai bersama TKSU dan Kakitangan ADTEC Serian serta Majlis Penyerahan Bas Kepada ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
Telah diadakan Sesi Randau Ruai bersama TKSU dan Kakitangan ADTEC Serian bersempena lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA ke ADTEC JTM Kampus Serian sebelum berlangsungnya Majlis Penyerahan Bas. Melalui sesi ini, warga ADTEC Serian berpeluang mendapatkan input, nasihat serta kata-kata perangsang yang membina daripada pihak pengurusan tertinggi KESUMA dalam usaha memperkukuhkan kecemerlangan organisasi.
Selain itu, turut diadakan majlis penyerahan Bas Volvo 40 Penumpang kepada ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan. ADTEC JTM Kampus Serian diwakili oleh Tuan Pengarah Ts. Donny Sadin Kachon manakala ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan diwakili oleh Tuan Pengarah Ts. Azkar-Albar bin Abu Bakar. Majlis ini telah disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA, YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon. Penyerahan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan serta persefahaman antara kedua-dua kampus dibawah JTM.
Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian