Jalinan Kerjasama Strategik: Kunjungan Hormat ADTEC Serian ke Pusat Khidmat DUN Bukit Semuja SERIAN, 10 Februari 2026
Satu Lawatan Kunjungan Hormat telah diadakan ke Pusat Khidmat DUN Bukit Semuja yang disambut baik oleh YB John Anak Illus.
Delegasi daripada ADTEC Serian (JTM) diketuai oleh Pengarah, Ts. Donny Sadin Kachon bersama barisan pegawai (Timbalan Pengarah Operasi, Pn. Sumiyam Binti Paieman, Ts. Dr. Olivia Anak Rayeg, Ts. Norsiah Binti Sukardy, Pn. Cecilia Anak Sanjan dan Pn. Madeline Alis Anak Ajin).
Fokus Utama Lawatan:
Sesi Suai Kenal: Memperkukuh ukhuwah antara pihak institusi kemahiran dan wakil rakyat setempat.
Kolaborasi Masa Depan: Perbincangan awal mengenai cadangan program kerjasama strategik yang memfokuskan kepada pembangunan komuniti dan pemerkasaan kemahiran penduduk di sekitar kawasan Serian.
Pertemuan ini merupakan langkah proaktif dalam memastikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terus relevan dan memberi impak langsung kepada masyarakat setempat.
Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian