10 Mac 2026 | Kunjungan Hormat
Tuan Pengarah ADTEC JTM Kampus Serian, Ts. Donny Sadin Kachon bersama empat (4) orang pegawai telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YB Dato’ Sri Richard Riot Jaem, Ahli Parlimen P199 Serian.
Kunjungan ini bertujuan sebagai perkenalan rasmi serta mengeratkan hubungan kerjasama dalam menyokong pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran TVET di kawasan Serian dan sekitarnya. Diharapkan jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian