082-874 000, 082-874 949 Fax : 082-874 747 ilpserian@jtm.gov.my
01.04.2026 || Satu Lawatan Akademik telah diikuti oleh Pelajar Semester 3 dari Bidang Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) ke Loji Rawatan Air Sisa di Sar-Alam Indah Sdn. Bhd. Satu Taklimat keselamatan telah diberikan pada hari tersebut disampaikan oleh En Muhd. Faiz B. Saderi (Assistant Safety Coordinator) Penerang setiap proses rawatan air di Loji di sampaikan oleh En. Eddy Wee (Process Engineer) dan Miss Helda Vinsen (Asistant Environmental Officer) Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan sebenar kaedah merawat air sisa/kumbahan sebelum air tersebut di alirkan ke Sungai. Air Kumbahan perlu dirawat bagi mengelakkan pencemaran air bawah tanah yang boleh membahayakan kesihatan manusia dan pencemaran alam sekitar sekaligus menjejaskan ekosistem alam semulajadi. Semasa Lawatan tersebut pelajar – pelajar telah didedahkan secara lansung setiap proses rawatan air sisa yang dijalankan di Loji rawatan Sar-Alam Indah Sdn. Bhd. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami pihak Adtec JTM Kampus Serian atas kesudian pihak Sar-Alam Indah Sdn. Bhd. menerima lawatan akademik tersebut.
 Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian