2 April 2026 || Lawatan Sambil Belajar Bengkel Teknologi Elektrik ADTEC JTM Kampus Serian telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Batang Ai Hidroelektrik Plant, Sri Aman, bagi memenuhi keperluan hadir wajib Modul Pendedahan Industri kepada pelajar Semester 2. Lawatan telah disertai oleh 14 orang pegawai pengiring terdiri daripada Timbalan Pengarah Latihan, Timbalan Pengarah Operasi serta pengajar – pengajar dari bengkel BOM, PPU, CADD, unit BKKL dan 2 orang pemandu bersama 29 orang pelajar Semester 2 Bengkel Teknologi Elektrik. Semoga dengan lawatan begini dapat memberi pendedahan dan menambah pengetahuan para pelajar di dalam bidang yang berkaitan.
Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian