082-874 000, 082-874 949 Fax : 082-874 747 ilpserian@jtm.gov.my
9 April 2026 || ADTEC JTM Kampus Serian telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri 2026 dengan penuh meriah dan suasana kekeluargaan. Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga ADTEC Serian serta meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama dalam suasana harmoni dan penuh keceriaan. Pelbagai juadah Hari Raya telah disediakan dan dinikmati bersama oleh para tetamu yang hadir. Pihak ADTEC JTM Kampus Serian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kukuh dan diberkati. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
 Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian