30 APRIL 2026 || Perhimpunan Pelajar Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang. Pengisian perhimpunan merangkumi penyampaian isu semasa kampus serta peringatan kepada para pelajar agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Penyampaian ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Taufik Bin Azhar mewakili Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL). Selain itu, Tuan Pengarah, Ts. Donny Sadin Kachon turut berkongsi ilmu melalui tajuk “Membina Graduan Kelas Dunia: Evolusi Pelajar ADTEC Serian Menjadi A.S.K.A.R Industri” yang memberi inspirasi dan panduan kepada pelajar dalam membentuk jati diri serta meningkatkan kebolehpasaran di masa hadapan.
Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian