082-874 000, 082-874 949 Fax : 082-874 747 ilpserian@jtm.gov.my
21 Mei 2026 || Delegasi ADTEC JTM Kampus Serian yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Ts. Donny Sadin Kachon telah mengadakan lawatan muhibah rasmi ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak hari ini sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua institusi.
Turut hadir dalam delegasi lawatan ialah En. Mohamad Sayono bin Sunarti, OSH-C ADTEC JTM Kampus Serian, Puan Dalvril Kaur @ Debora Dalvril Ak Kakak selaku Timbalan Setiausaha KKP ADTEC JTM Kampus Serian serta Pn. Saodah binti Dee mewakili AJK KKP ADTEC JTM Kampus Serian. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh Pengarah JKKP Sarawak, Tuan Jamadi bin Yusup bersama barisan pegawai JKKP Sarawak.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan kewujudan dan peranan ADTEC JTM Kampus Serian sebagai institusi latihan teknikal dan vokasional di bawah Jabatan Tenaga Manusia, di samping membincangkan potensi jaringan kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Selain itu, sesi perbincangan turut memberi fokus kepada khidmat nasihat berkaitan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta proses pendaftaran ADTEC JTM Kampus Serian di bawah MYKKP. ADTEC JTM Kampus Serian juga sentiasa komited dalam memperkukuh budaya kerja selamat serta memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diberi keutamaan dalam setiap operasi, pengurusan bengkel dan aktiviti latihan institusi.
Lawatan ini diharap menjadi titik permulaan kepada kolaborasi yang lebih erat dalam memperkasa budaya kerja selamat dan mempertingkatkan standard keselamatan institusi. Semoga hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi melahirkan persekitaran latihan yang lebih selamat, kondusif dan berkualiti selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.
“Empowering Skills, Igniting Futures”
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Depan”
 Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian