22 MEI 2026 || Perhimpunan pelajar dimulakan dengan tayangan video amanat dari YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, bersempena Hari Belia Negara 2026 dengan tema “Menggerak Belia MADANI”diikuti dengan bacaan ikrar belia yang diketuai oleh Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Mosses Ranggau.
Perhimpunan pelajar ini juga diserikan dengan tarian ngajat Iban, pertunjukan silat dan tarian ngajat Bidayuh yang memukau dari pelajar.
Selain itu, Pengarah ADTEC JTM Kampus Serian, Ts. Donny Sadin Kachon telah menyampaikan amanat kepada para pelajar dan menyempurnakan perhimpunan pelajar dengan penyampaian sijil kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang terlibat menyertai Program Pemantapan MPP dengan kerjasama ADTEC JTM Kampus Miri serta penyampaian cenderahati bagi Program Bilik Tercantik anjuran Penyelia Asrama ADTEC JTM Kampus Serian.
Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat menyerikan perhimpunan, penerima sijil Program Pemantapan MPP di Miri dan kepada pemenang kategori bilik tercantik.
Semoga perhimpunan ini mampu memupuk semangat kerjasama dan kecemerlangan dalam kalangan pelajar atau sebagai belia.
Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian