12 JUN 2026 || ADTEC JTM Kampus Serian telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Kakitangan bersama Tuan Pengarah, yang dikendalikan oleh Jabatan Sivil yang terdiri daripada Bengkel Teknologi CADD Senibina, Bengkel Teknologi Binaan (Civil & Struktur) dan Bengkel Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti.
Perhimpunan pada kali ini padat dengan pelbagai agenda menarik dan perkongsian maklumat yang bermanfaat untuk semua warga kerja. Antara pengisian utama majlis pada kali ini termasuklah:
Sesi perkongsian padat dan informatif daripada wakil Unit BKKL untuk makluman bersama warga ADTEC Serian.
Selamat datang diucapkan kepada tiga (3) orang pegawai baharu iaitu En. Dinaria Anak Thomas Kinti, Pn.Priscilla Ensingan Anak Bujang dan Cik Frina Binti Malati yang kini rasmi menyertai keluarga besar ADTEC Serian!
Tahniah & Syabas diucapkan kepada kumpulan Thinkmakers yang telah menggalas tanggungjawab mewakili ADTEC Serian dan telah berjaya meraih Anugerah SILVER.
Sempena aktiviti pendakian ke Kuil Sri Maha Mariamman, Gunung Matang pada 13 Dis 2025 yang lepas. Sekalung tahniah kepada para pemenang yang berjaya merakamkan momen dan visual terbaik bagi kategori berikut:
β’ Tempat Pertama: Pn. Cecilia Anak Sanjan
β’ Tempat Kedua: Pn. Ester Binti Nagam
β’ Tempat Ketiga: Pn. Cathylene Rotop
β’ Tempat Pertama: Pn.Cathylene Rotop
β’ Tempat Kedua: Pn.Ester Binti Naga
β’ Tempat Ketiga (Seri): En.Simon Anak Muda & Pn.Cecilia Anak Sanjan
Terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir memeriahkan majlis. Semoga momentum kecemerlangan dan semangat kekeluargaan ADTEC Serian terus utuh!
Β Ikuti kami di Facebook | Instagram | TikTok | Kata Carian : ADTEC JTM Kampus Serian