082-874 000 ilpserian@jtm.gov.my

19 Ogos 2025 || Dewan Masyarakat Spaoh ||Penyertaan ADTEC JTM Kampus Serian dalam Karnival Pendidikan di Spaoh.

ADTEC JTM Kampus Serian turut disertai oleh Ketua Unit CESS bersama dua (2) orang pelajar latihan industri dari UNIMAS yang berperanan sebagai pempamer booth. Program ini telah berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak.

Melalui penglibatan ini, ADTEC JTM Kampus Serian berpeluang memperkenalkan pelbagai program serta laluan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain itu, pelajar dan masyarakat setempat juga mendapat pendedahan mengenai prospek kerjaya dalam bidang teknikal. Booth pameran yang disediakan turut mendapat sambutan baik daripada pengunjung, terutamanya pelajar sekolah sekitar Spaoh yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan awal kepada generasi muda Sarawak mengenai kepentingan pendidikan masa depan, khususnya dalam bidang TVET yang kini menjadi fokus negara bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, seiring dengan keperluan industri dan pembangunan negeri.